JALAN MASUK KE KAWASAN PERUMAHAN BUKIT BERUANG |
LOKASI
Kawasan Perumahan Bukit Beruang terletak di Kampong Bukit Beruang, Mukim Telisai, Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam iaitu berhampiran dengan stesen satelit bumi negara dan kira-kira 17km jauhnya dari Pekan Tutong.
BEBERAPA BANGUNAN PERUMAHAN YANG DISEDIAKAN |
Ada terdapat kira-kira 500 buah rumah banglo jenis kelas C dan D yang dibina oleh pihak Jabatan Perumahan Negara Brunei Darussalam di kawasan ini sementara ada kira-kira 10 buah rumah banglo persendirian juga turut dibangun di tapak-tapak berkenaan oleh penduduk-penduduk di sini. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah dianggarkan kira-kira lebih 2,000 orang.
Sedang dalam pembangunan sekarang adalah 1,500 unit rumah jenis teres dan semi-detached yang dijangka siap pada tahun 2014.
Awang Ahmad bin Aman, Ketua Kampung Bukit Beruang |
KETUA KAMPUNG
Ketua Kampong kawasan ini Awang Ahmad bin Aman yang mula dilantik pada 1hb November 1993
KEMUDAHAN YANG ADA
Di kawasan perumahan ini ada terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Bangunan Masjid, Dewan Serbaguna dan Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan Negara Daerah Tutong.
Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara, Bukit Beruang |
Bangunan Pusat Tingkatan Enam |
Bangunan Masjid Perumahan Bukit Beruang |
Perbekalan api letrik, air dan telekomunikasi agak baik di kawasan perumahan ini.
Di sini ada terdapat sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan bangunan Kemajuan Perumahan. Selain itu para penduduk di sini membeli-belah di kampung-kampung yang berhampiran seperti di Kampong Bukit Beruang, Kampong Telisai ataupun ke Pekan Tutong.
Penduduk-penduduk di sini perlu berkunjung ke Pusat Kesihatan Telisai untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
No comments:
Post a Comment