Friday, April 13, 2012

LATAR BELAKANG

JALAN MASUK KE KAWASAN PERUMAHAN BUKIT BERUANG



LOKASI
Kawasan Perumahan Bukit Beruang terletak di Kampong Bukit Beruang, Mukim Telisai, Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam iaitu berhampiran dengan stesen satelit bumi negara dan kira-kira 17km jauhnya dari Pekan Tutong.


BEBERAPA BANGUNAN PERUMAHAN YANG DISEDIAKAN
PERUMAHAN & PENDUDUK
Ada terdapat kira-kira 500 buah rumah banglo jenis kelas C dan D yang dibina oleh pihak Jabatan Perumahan Negara Brunei Darussalam di kawasan ini sementara ada kira-kira 10  buah rumah banglo persendirian juga turut dibangun di tapak-tapak berkenaan oleh penduduk-penduduk di sini. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah dianggarkan kira-kira lebih 2,000 orang.

Sedang dalam pembangunan sekarang adalah 1,500 unit rumah jenis teres dan semi-detached yang  dijangka siap pada tahun 2014.


Awang Ahmad bin Aman,
Ketua Kampung Bukit Beruang





KETUA  KAMPUNG
Ketua Kampong kawasan ini Awang Ahmad bin Aman yang mula dilantik pada 1hb November 1993










KEMUDAHAN YANG ADA
Di kawasan perumahan ini ada terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti  Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Bangunan Masjid,  Dewan Serbaguna dan Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan Negara Daerah Tutong.

Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara,  Bukit Beruang

Bangunan Pusat Tingkatan Enam



Bangunan Masjid Perumahan Bukit Beruang

Perbekalan api letrik, air dan telekomunikasi agak baik di kawasan perumahan ini.


Di sini ada terdapat sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan bangunan Kemajuan Perumahan. Selain itu para penduduk di sini membeli-belah di kampung-kampung yang berhampiran seperti di Kampong Bukit Beruang, Kampong Telisai ataupun ke Pekan Tutong.

Penduduk-penduduk di sini perlu berkunjung ke Pusat Kesihatan Telisai untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan.